Tutup Plaza Lowyat sehingga siasatan selesai dulu-Rani Kulup



 

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbab Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup hari ini mencadangkan agar pihak berkuasa menutup sementara Plaza Lowyat sehingga siasatan ke atas insiden pergaduhan yang berlaku semalam selesai.   Katanya lagi, isu penipuan dan paksaan pembelian bukan perkara baru di Lowyat dan turut terjadi di beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara.
“Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri
“Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.
“Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini,” katanya memetik laporan dari Astro Awani.   Rani kulup juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis esok dan menyifatkan isu ini sebagai isu gangster.  “Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.

1 Response to "Tutup Plaza Lowyat sehingga siasatan selesai dulu-Rani Kulup"

  1. The Casino of Monte-Carlo: The Casino of Monte-Carlo
    Monte-Carlo 공주 출장마사지 is a casino in Monaco, Italy, owned by Monte-Carlo in 군산 출장안마 1856. The w88 casino is part of the 1804-1903 Curacao group, which owns 메이저 토토 사이트 the Monte-Carlo 삼척 출장마사지 casino

    ReplyDelete